{VIDEO} Tiada tanda ‘parking’ bas, pengunjung MAHA rasa teraniaya didenda RM100

Salah seorang pengunjung program anjuran MAHA di Serdang, meluahkan rasa terkilan dengan pihak pengurusan di sana berhubung sistem pengendaliannya.

Dia seolah-olah merasakan telah dianiaya apabila dikenakan denda berjumlah RM100 gara-gara meletakkan kenderaan di tempat bas.

Tidak terhenti di situ, di kawasan berkenaan juga kelihatan beberapa buah kenderaan ‘towing’ yang sepertinya sedang bersiap untuk menarik kereta yang masih berada di situ.

Menurut pemilik akaun, tindakan itu sememangnya tidak wajar kerana pengunjung sama sekali tidak diberitahu akan ruang tersebut hanya dikhaskan untuk bas sahaja.

Malah, tiada sebarang papan pun tanda diletakkan di situ sekaligus membuatkan pengunjung beranggapan sesiapa sahaja boleh menggunakan ruang tersebut.

{VIDEO} Tiada tanda 'parking' bas, pengunjung MAHA rasa teraniaya didenda RM100

Menerusi video tersebut, pemilik akaun turut memaklumkan telah membawa perkara tersebut ke pihak MARDI, namun masing-masing sepertinya lepas tangan dengan kes tersebut.

Turut baca

Bukan itu sahaja, warganet juga beranggapan tindakan tersebut tidak adil dan lebih kepada menindas orang ramai sahaja.

Adapun begitu, beberapa individu juga ada berkongsi di ruangan komen akan kejadian sama menimpa mereka sewaktu berkunjung ke program tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*