Wanita tawar khidmat pujuk perempuan berhenti cinta suami orang dapat perhatian ramai

Dia berjaya memujuk 800 perempuan simpanan daripada terus berhubungan dengan suami orang dalam masa setahun

Wanita tawar khidmat pujuk perempuan berhenti cinta suami orang dapat perhatian ramai. Seorang wanita dari Luoyang, wilayah Henan, China menjadi perhatian ramai disebabkan kemahirannya dalam memujuk perempuan simpanan agar menamatkan hubungan dengan suami orang, lapor laman Oddity Central, semalam.

Wang Zhenxi, dikenali sebagai Guru Pemujuk Perempuan Simpanan, yang merupakan satu pekerjaan profesional. Tugasnya adalah untuk meyakinkan wanita agar berhenti bercinta dengan suami orang.

Zhenxi menjadi terkenal apabila sebuah akhbar mendedahkan bahawa dia berjaya memujuk lebih 800 perempuan simpanan dalam masa setahun.

Wanita yang dianggap sebagai salah seorang pemujuk perempuan simpanan China yang paling berjaya itu menggunakan pengalaman peribadi dalam mencorak kerjaya tersebut.

Ayahnya dikatakan curang terhadap ibunya ketika dia membesar, jadi dia mengetahui secara langsung kesan negatif hubungan luar nikah terhadap keluarga.

Zhenxi juga berdepan dengan situasi serupa apabila bekas suaminya bermain kayu tiga dengan teman wanita lama dengan alasan perkahwinan mereka adalah untuk memuaskan hati ibu lelaki tersebut.

Dia nekad memohon untuk bercerai dan mengejar kerjaya sebagai pemujuk wanita simpanan paling berjaya di China.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*