Kos sara hidup punca kadar kelahiran terus merosot

Pakar ekonomi tidak menolak kemungkinan peningkatan kos sara hidup selepas pandemik Covid-19 menyumbang kepada kemerosotan kadar kelahiran yang lebih teruk di negara ini.

Pakar ekonomi tidak menolak kemungkinan peningkatan kos sara hidup selepas pandemik Covid-19 menyumbang kepada kemerosotan kadar kelahiran yang lebih teruk di negara ini.

Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pasangan lebih berhati-hati untuk menambah anak dengan situasi ketidaktentuan dalam pekerjaan atau pendapatan.

“Kalau sebelum ini terlalu mementingkan kerjaya sehingga lambat berkahwin menjadi trend mempengaruhi kadar kemerosotan kelahiran, tapi kini Covid-19 turut menjadi satu lagi sebab.

“Ramai yang kehilangan kerja atau terpaksa bekerja keras untuk mencari duit. Mereka hanya fokus mencari pendapatan dan berkira-kira untuk mempunyai atau menambah anak. Dalam erti kata lain, mereka kurang yakin untuk membina keluarga kerana berada dalam keadaan ketidaktentuan,” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*