{VIDEO} “Buat macam negara sendiri…” Minah salleh ‘steady’ berjemur atas ‘rondabout’

Perubahan iklim sepanjang tahun di setiap negara adalah berbeza.

Dalam kepelbagaian negara itu, Malaysia lebih menjadi tumpuan pelancong kerana faktor cuacanya yang tidak terlalu panas, dan tidak juga terlalu sejuk.

Kebiasaannya kita akan lihat, pelancong luar yang datang ke Malaysia pasti akan memenuhi pantai kerana tabiatnya yang gemar berjemur di bahawa matahari.

Pun begitu, berbeza pula ‘skill’ yang ditunjukkan oleh pelancong ini ketika dia menikmati percutiannya.

Demikian susulan mengenangkan tindakannya selamba berjemur di atas ’roundabout’ yang mana pada ketika itu matahari sangat terik memancar.

Hal itu jelas sekali menjadi perhatian ramai kerana dia berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur, malah pelbagai kenderaan juga lalu-lalang di kawasan itu.

Bagaimanapun, netizen tidak mengkritik tindakan tersebut kerana faham akan keperluannya dan status dirinya sebagai pelancong dari luar.

Barangkali sudah terbiasa melakukan hal itu di negaranya sehingga terbawa-bawa ketika berada di negara lain.

{VIDEO} "Buat macam negara sendiri..." Minah salleh 'steady' berjemur atas 'rondabout'

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*