Parah !!! Wanita nekad serang wanita simpanan suami di jalan raya

Parah !!! Wanita nekad serang wanita simpanan suami di jalan raya.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang wanita nekad menyerang wanita simpanan suaminya di hadapan orang ramai, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuatnaik dalam akaun Instagram @kabarnegri. Kejadian itu dikatakan berlaku di Pusat Dagangan Sukaramai, Pekanbaru dalam wilayah Riau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kabar Negri (@kabarnegri)

Rakaman itu menunjukkan seorang wanita berbaju biru dan memakai topi keledar menarik seorang wanita dari dalam sebuah kereta.

Sebilangan pengguna jalan raya dilihat cuba meleraikan pergaduhan tersebut apabila wanita berbaju merah itu cuba meminta pertolongan.

“Encik tolong, Aduh tolong,’’ jeritnya.

Ketika wanita yang didakwa perempuan simpanan suaminya itu turun dari kereta, dia terus menyerangnya sehingga kedua-kedua mereka terjatuh di atas jalan.

Wanita itu terus menarik rambut perempuan simpanan suaminya sebelum pergaduhan akhirnya berjaya dileraikan oleh orang ramai.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sebaiknya masalah peribadi jangan libatkan orang ramai,’’ komen seorang netizen.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*