Tindakan sebuah kereta polis memotong di garisan berkembar bikin darah berderau apabila ia hampir menyebabkan kemalangan.
Menelusuri perkongsian nanmanjoi di Twitter, menyaksikan detik kejadian bilamana kereta polis berkenaan menggunakan laluan di sebelah kiri susulan mengenangkan keadaan trafik yang agak perlahan ketika itu.
Doing 60 mph on twisty road
— danialwrx_ 🇵🇸🇲🇾 (@danialwrx) July 24, 2022
Turut diikuti di belakangnya, dua buah lori ‘towing’ serta sebuah lagi kereta 4X4 berwarna putih.
Disebabkan tindakan itu, kenderaan dari arah bertentangan hampir bertembung dengan kesemua pemilik kenderaan yang berada di laluan tersebut.
Bagaimanapun, mujur dia sempat memperlahankan kenderaan sekaligus ke tepi sedikit untuk memberi laluan kepada mereka yang mungkin ingin bergegas.
Namun begitu, tindakan mereka berbuat demikian jelas sekali membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain, lebih-lebih lagi apabila berada di laluan yang sempit seperti itu
Turut baca
Leave a Reply