“Lari lintang pukang…” Lelaki menyamar wanita keluar dari asrama perempuan terbongkar

Helah lelaki tersebut terbongkar apabila dia dilihat berlari lintang-pukang sambil mengangkat kain telekung tersebut.

Lelaki menyamar wanita, pakai telekung keluar dari asrama perempuan terbongkar. Gelagat seorang lelaki di Indonesia yang menyamar sebagai wanita dengan memakai telekung ketika keluar dari bilik asrama perempuan dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV), lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Berdasarkan video yang dikongsi di laman Instagram, ia memaparkan aksi dua ‘wanita’ yang keluar dari sebuah bilik dan berjalan di ruang hadapan asrama tersebut.

Salah seorang daripada mereka mengenakan pakaian kasual, manakala seorang lagi memakai telekung berwarna gelap.

Kedua-dua mereka berjalan menuruni tangga bersama-sama, namun individu yang memakai telekung dilihat berjalan terlebih dahulu di hadapan.

Turut dilihat ialah seorang lelaki lain yang diyakini pemilik atau penjaga asrama tersebut sedang duduk di atas kerusi di bahagian hadapan bangunan itu.

Individu yang memakai telekung berjalan seperti biasa sambil menundukkan wajahnya ketika dipandang oleh penjaga asrama berkenaan.

Helahnya itu bagaimanapun berjaya dibongkar apabila rakaman CCTV di sudut lain memaparkan dia sebenarnya seorang lelaki ketika berlari lintang-pukang sambil mengangkat kain telekung tersebut.

Situasi itu jelas memaparkan keadaan kakinya yang merupakan kaki seorang lelaki.

Menurut laporan, selepas disiasat, dia sebenarnya ialah kekasih kepada wanita yang berjalan bersamanya ketika keluar dari bilik asrama tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Fikir yang positif sahaja, mungkin mereka baru habis melakukan tugasan berkumpulan,” kata seorang netizen.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*