{VIDEO} “Terperosok di tepi gelanggang…” Semangat Mat Kilau ‘rasuk’ 2 pasukan bola sepak

Semangat Mat Kilau dikaitkan dengan insiden pergaduhan melibatkan dua pasukan bola sepak yang tular di media sosial pada Jumaat.

Difahamkan, pergaduhan antara barisan pemain Ha FC dan The Hood FC itu berlaku di Gamuda Garden Arena, Rawang, Selangor.

Video berdurasi 2 minit 17 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki saling tolak menolak antara satu sama lain sehingga ada di antara mereka terperosok di tepi gelanggang.

Kekecohan tersebut akhirnya dileraikan beberapa pemain bola sepak lain yang cuba menenangkan keadaan.

Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai reaksi terjadi melibatkan insiden itu.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan punca pergaduhan tersebut berlaku, namun rata-rata warganet mengaitkannya dengan semangat Mat Kilau.

“Dah pahlawan ini, semenjak keluar cerita Mat Kilau habis semua baran semacam,” kata wan234five.

Megat Adib menambah, “Semenjak keluarnya filem Mat Kilau, darah-darah pahlawan mengalir dalam tubuh”.

“Darah-darah pahlawan amat-amat dahsyat,” sambung AmnVannes.

“Orang kita kalau main bola cari musuh, bukan nak mengeratkan silaturrahim,” kata Solihin.

“Baru main liga kampung dah bergaduh, memang tidak ke manalah,” kata Saiful_hjjalal.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan adalah filem terbitan pengarah tempatan, Syamsul Yusof yang menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat Melayu baru-baru ini dengan kutipan sebanyak RM84 juta selepas 27 hari ditayangkan.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak terbabit setakat ini berhubung insiden tersebut.

Turut baca

{VIDEO} "Terperosok di tepi gelanggang..." Semangat Mat Kilau 'rasuk' 2 pasukan bola sepak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*