“Simpan sikit bebal tu…” Gadis pertikai van jenazah guna ‘signal’ kecemasan dikecam.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Itulah nasib yang sedang menimpa seorang pengguna Twitter selepas memuat naik ciapan seperti mempertikai pengendalian van jenazah.
Meskipun hantaran asal telah dipadam, namun tak dinafikan pasti ada beberapa individu sempat ‘screenshot’ dan memuat naik semula di akaun persendirian untuk dijadikan sebagai topik perbincangan umum.
Sepertimana yang dikongsikan oleh @AkeemSharyzal, dapat dilihat kenyataan asal gadis berkenaan.
Niat asalnya mungkin sekadar ingin bertanya, tetapi lain pula yang jadi bilamana ada yang mendakwa tindakannya berbuat demikian seolah-olah tidak beradab.
Namun begitu, ada juga yang beranggapan bahawa tiada isu yang sensitif pun dalam soalan gadis berkenaan.
Demikian adalah kerana faham akan segelintir individu di luar sana tidak didedahkan dengan perkara seperti itu.
Turut baca
Leave a Reply