“Demi boneka unta dari Mekah buat cucu…” Apa yang nenek ini lakukan memang tak disangka

“Demi boneka unta dari Mekah buat cucu…” Apa yang nenek ini lakukan memang tak disangka. Demi rasa sayang pada cucunya, seorang jemaah haji dari Indonesia sanggup memakai empat lapis pakaian yang terdiri daripada dua helai jubah, sehelai baju batik seragam haji, sehelai jaket serta meletakkan sejadah di bahu.

Nenek yang dikenali sebagai Siti Khusnul itu berbuat demikian bagi membolehkan tujuh boneka unta yang dibeli buat cucunya mampu dimuatkan di dalam bagasinya.

Jemaah yang berasal dari Jawa Tengah itu kelihatan melakukan perkara demikian ketika transit Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi pada Ahad lalu sekali gus menarik perhatian ramai.

Rata-rata mengagumi kesungguhan nenek tersebut kerana suhu di Jeddah boleh mencapai 38 darjah darjah Celsius pada waktu siang.

Nenek tersebut melakukan hal demikian bagi mematuhi Peraturan Keselamatan Penerbangan Arab Saudi (GACA) yang meletakkan had muatan bagi setiap bagasi.

Menurut arahan tersebut, penumpang tidak dibenarkan untuk membawa barangan lain selain bagasi dan beg tangan.

Bagaimanapun, beg-begnya telah penuh berisi buah tangan termasuk tasbih dan pakaian. Justeru, tindakan drastik itu diambil.

“Kalau memikirkan semua ini dilakukan untuk cucu itu sungguh menyenangkan. Saya dah tak fikir pasal benda lain. Boneka unta seperti ini tidak boleh dibeli di Indonesia,” katanya.

Siti Khusnul, jemaah haji 2022 dari Grobogan, Jawa Tengah, sedang membongkar kandungan beg pakaiannya di kawasan transit, lapangan terbang Jeddah, Arab Saudi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*