Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Namun, tak dinafikan segelintir individu lebih gemar memendam masalah itu sehingga tanpa sedar tindakannya itu akan memberi kesan buruk kepada diri dan orang sekeliling.
Mengambil iktibar dari perkongsian shatulapan, menyaksikan detik mencemaskan apabila dia menemui seorang wanita berbangsa Cina sendirian di tengah lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur.
Dia yang ketika itu sedang membuat rondaan akui terkejut melihat keadaan wanita itu dan segera berhenti tepi untuk bertanyakan tentang masalah dihadapi.
Banyak kali telefon suami
Ujar wanita itu, dia ditinggal oleh suaminya sewaktu lebuhraya sedang berdepan kesesakan.
Tindakan spontan suaminya benar-benar mengejutkan dirinya selain menambah sudah beberapa kali dia cuba menghubungi sang suami selepas kejadian tetapi tidak dilayan menyebabkan dia ‘tersadai’ di situ.
Walau bagaimanapun, pemilik akaun mendedahkan bahawa suami kepada wanita itu orang yang baik.
Akan tetapi, disebabkan penat dan tertekan dengan masalah yang dihadapi membuatkan dia nekad berbuat demikian.
Rata-ratanya tumpang kasihan dengan nasib wanita tersebut dan dalam waktu sama berterima kasih kepada pemuda berkenaan di atas kesudiannnya membantu.
Tidak terbayang rasanya mengenangkan keadaan wanita itu sendirian di tengah jalan dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak putus menelefon suaminya yang enggan diganggu.
Leave a Reply