Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang isteri yang mengajak suaminya makan di restoran tempat teman wanitanya bekerja, lapor laman berita Suara.com.
Video –
Wanita itu mendapati bahawa suaminya curang dengan seorang wanita lain. Daripada bergaduh untuk melepaskan geram, dia sebaliknya mengajak suaminya makan di tempat wanita itu bekerja.
Wanita itu memuat naik detik ketika perempuan tersebut melayan dia dan suaminya di sebuah restoran.
Setelah selesai makan, dia memanggil wanita itu untuk membuat bayaran. Teman wanita suaminya kelihatan gementar ketika datang ke meja makan untuk menerima bayaran.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Risau makanannya diletak ubat atau racun,” kata seorang netizen.
“Tangan suami menggigil ketika memasukkan nombor pin,” komen netizen lain.
Leave a Reply