Budak 3 tahun maut jatuh dari tingkat 18

Budak 3 tahun maut jatuh dari tingkat 18.  Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 18 sebuah bangunan apartmen di bandar Chicago, Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post semalam.

Kanak-kanak lelaki dikenal pasti sebagai Chaise Binion itu dilaporkan jatuh dari tingkap sebuah unit apartmen Lake View Towers kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan) kelmarin.

Mangsa terhempas di atas sebuah garaj tempat letak kereta sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, kata polis.

Menurut laporan, garaj tiga tingkat tersebut terletak di antara dua menara bangunan apartmen di mana kejadian berlaku.

Beberapa penduduk berkata, tingkap unit apartmen terbabit terbuka dari bahagian dalam, yang mungkin menyebabkan kanak-kanak berkenaan boleh memanjatnya.

“Kami dapat melihat kakitangan kecemasan membawa kanak-kanak itu menggunakan pengusung.

“Mereka memberi bantuan kecemasan kepadanya dan saya dapat melihat wajahnya dipenuhi darah,” kata seorang penduduk, Tracy Redmond.

Siasatan ke atas kejadian tersebut sedang dilakukan dan tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat semalam.

Budak 3 tahun maut jatuh dari tingkat 18
Mangsa, Chaise Binion dilaporkan jatuh dari tingkap sebuah unit apartmen Lake View Towers, Selasa lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*