Ibu campak anak dari motosikal sebelum dirempuh lori. Seorang ibu bertindak cepat dengan mencampak anak lelaki yang berusia empat tahun dari motosikal yang ditungganginya daripada menjadi mangsa kemalangan di Jalan Transyogi Cibubur, Bekasi.
Lapor CNN Indonesia, kanak-kanak itu dilaporkan selamat, manakala, ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh lori tangki minyak.
Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut diselamatkan oleh seorang pengawal keselamatan, Kunto, 36, yang melihat mangsa menangis berteriak bersebelahan ibu bapanya.
Katanya, ketika itu, kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan serius dengan kecederaan di bahagian kepala.
“Saya lihat ramai mangsa di tempat kejadian dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut terlebih dahulu.
“Darah dapat dihentikan daripada terus mengalir selepas bantuan kecemasan diberikan dan mangsa dibawa terus ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.
Isnin lalu, sebuah lori tangki minyak merempuh dua kereta dan 10 motosikal sehingga menyebabkan 10 mangsa terkorban.
Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa, Rendra, 37, berkata, kanak-kanak itu terjatuh sejauh 10 meter selepas dicampak ibunya dari motosikal.
“Ibu mangsa berjaya menyelamatkan anaknya walaupun dia sendiri maut di tempat kejadian.
“Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan baik dan sudah aktif seperti biasa,” jelasnya.
Turut baca
- “Peminat lahir perasaan marah…” Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Besut dihalang pihak masjid
- Isteri pemilik kelab komedi berdepan ugutan bunuh
- “Mangsa turut ditumbuk…” Lelaki samun, cabul penjawat awam diburu
Leave a Reply