Ohh !!! Rupanya rugi beli rumah guna “Personal Loan”.
Nak beli rumah, ada ada dua pilihan untuk membuat pembiayaan di bank. Nak buat pinjaman peribadi “personal loan” atau pembiyaan hartanah. Namun, kedua-duanya mempunyai tempoh pinjaman dan % bunga yang berbeza. Kebiasaanya, kadar peratusan bunga untuk pembiayaan hartanah antara 3-4% manakala untuk pinjaman peribadi bawah dari 3%.
Nampak tak mana yang lebih untung? Nampak macam pinjaman peribadi lebih untungkan. Tapi sebenarnya tidak. Kenapa?
“Saya nak beli rumah guna ‘Personal Loan’, boleh tak?”
“Kenapa?” balas saya walaupun saya dah boleh agak sebabnya.
“Errr sebab semalam saya tengok kadar personal loan bank xxx rendah, 2.7% je. Pinjaman rumah kan biasanya lebih dari 3%.”
Saya dah selalu dapat soalan ni. Selain dari pembiayaan hartanah untuk beli rumah. Memang ada juga yang pakai ‘personal loan’ untuk beli rumah.
Tak ramai yang bincang tentang benda ni tapi hakikatnya ramai yang gunakan kaedah ni.
Saya tak nak bincangkan yang mana baik atau tak. Yang gunakan pasti dah pertimbangkan semuanya.
Contoh kita ambil harga rumah RM200,000.
1. ‘PERSONAL LOAN’
Kadar Pinjaman : 2.55% (effective 4.70%)
Tempoh : 10 Tahun
Bulanan RM2091
Jumlah Kena Bayar : RM251, 000
2. PEMBIAYAAN HARTANAH
Kadar Pinjaman : 4%
Tempoh : 30 Tahun
Bulanan : RM955
Jumlah Kena Bayar : RM343, 738
Tapi tempoh pinjaman tak sama. Rumah pun boleh pinjam tempoh pendek. 10 tahun pun boleh. Cuba kita ambil kiraan tempoh yang sama iaitu 10 tahun, baru perbandingan yang adil.
PEMBIAYAAN HARTANAH
Kadar Pinjaman : 4%
Tempoh : 10 Tahun
Bulanan : RM2024
Jumlah Kena Bayar : RM242, 988
Jumlah kena bayar, RM251K untuk personal loan, RM242K kalau guna pembiayaan rumah untuk tempoh 10 tahun.
Baru nampak yang guna pembiayaan hartanah lebih jimat dari ‘personal loan’. Tapi macam mana pun saya tetap tak galakkan beli rumah guna ‘personal loan’.
Kalau setakat pinjam sedikit untuk bayar deposit tu masih boleh terima lagi. Tapi pastikan ada strategi untuk exit jika tersalah perkiraan atau perancangan.
Turut baca
Leave a Reply