Tragedi banjir : Sanusi main drama lagi, saiz kolam pecah pula dipertikai . Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya mengambil iktibar dari tragedi banjir akibat fenomena kepala air di Gunung Jerai pada tahun lalu, kata pemuda Umno.
Pengarah komunikasinya Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata bukan hanya Gunung Inas, terdapat banyak lagi kawasan berisiko dilanda banjir di Kedah.
Dia yang juga ketua penerangan Pemuda Umno Kedah berkata Sanusi sepatutnya telah mengarahkan pemantauan ketat.
“Namun malang, setelah memberi arahan untuk hentikan penanaman, seolah Sanusi lepas tangan?
“Sebahagian besar kawasan gondol gunung inas kembali terbiar walaupun saranan agensi, penanaman semula mesti segera dilakukan,” katanya.
Dalam tregedi Ogos tahun lalu, fenomena kepala air berlaku di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, Kedah, yang meragut enam nyawa dan menjejaskan 2,000 penduduk.
Dalam kenyatan hari ini, Johan Rizal berkata lebih menyedihkan, setelah berlakunya malapetaka terbaru baru-baru ini, Sanusi mempolitikkan tragedi Gunung Inas.
Katanya perkata itu dilakukan dengan “episod mencari salah dan berlagak hero” dan kemuncaknya dengan “drama air mata dosa- dosa lama”.
Sementara itu, Johan Rizal juga menyelar jawapan Sanusi berkaitan jawapan Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man di parlimen bahawa kolam takungan di Gunung Inas yang pecah menjadi punca tragedi itu.
“Namun peliknya, luas kolam pula yang menjadi pertikaian Sanusi,” katanya.
Sanusi semalam musykil dengan saiz kolam takungan dibina untuk projek tanaman durian Musang King di Gunung Inas yang disahkan pecah sehingga menyebabkan berlaku kepala air di beberapa buah kampung di Kupang, Baling.
“Kalau satu kolam sebesar itu airnya sampai sehingga ke 42 buah kampung, besar mana (agaknya) kolam itu, kita kena fikir dahulu.
“Kalau hujan tak lebat, kolam itu besar mana?
“Limpahan air sebanyak itu (turut) membawa tanah, pasir yang banyak (sehinggakan) hanyut 17 rumah. Besar mana kolam itu,” dia dipetik sebagai berkata.
Turut baca
Leave a Reply