“Bertahun dengar perkara sama…” Pelanduk dua serupa, Shiha Zikir disangka Rossa

“Bertahun dengar perkara sama…” Pelanduk dua serupa, Shiha Zikir disangka Rossa.  WAJAH disamakan dengan penyanyi popular Indonesia, Datuk Rossa bukan satu hal yang baharu buat Shiha Zikir.

Selepas sekian lama persamaan tersebut ‘sepi’ diperkatakan peminat, kini namanya kembali disebut dan disamakan dengan Rossa menerusi sebuah video TikTok memaparkan Shiha bersama Ernie Zakri.

Namun bukan nyanyian mahupun gelagat mereka menjadi tumpuan tetapi imej Shiha yang dikatakan sangat mirip dengan Rossa.

“Saya sangka Ernie menyanyi bersama Rossa tetapi rupa-rupanya Shiha,” komen netizen.

“Ingatkan Rossa. Sebab pelik kenapa Rossa menyanyikan lagu Shiha. Mirip sungguh wajah mereka,” puji seorang pengguna TikTok.

Bertahun-tahun dengar perkara sama, apa kata Shiha dan Rossa berduet dalam sebuah lagu? Pasti paduan suara mereka mampu memukau ramai.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*