Isu minyak masak yang melanda negara sejak kebelakangan ini akhirnya disuarakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri di Dewan Parlimen, semalam.
Bagaimanapun, hujahnya menjadi perdebatan dalam kalangan netizen apabila beliau seolah-olah menyalahkan para peniaga yang menyebabkan bekalan minyak paket berkurangan di pasaran.
Ujar beliau, menjadi satu kesalahan apabila para peniaga terutamanya penjaja goreng pisang menggunakan minyak paket untuk jualan mereka, walhal sebelum ini tiada syarat pun untuk kegunaannya.
“Pakcik makcik yang jual goreng pisang, mereka tak boleh guna minyak masak paket untuk goreng pisang…itu salah…”
“Minyak masak paket tidak boleh digunakan untuk komersial…”
Meninjau pula ke ruangan komen, ramai berseloroh memerli kenyataan tersebut yang menurut mereka tidak masuk akal.
Rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau yang sepatutnya mencari jalan penyelesaian terhadap krisis tersebut tetapi lain pula yang disuarakan.
Bagaimanapun, Ismail Sabri turut menambah bahawa pihaknya tidak akan mengenakan sebarang tindakan ke atas peniaga yang didapati berbuat demikian.
Turut baca
Leave a Reply