
Hajat dua beranak untuk berbuka puasa di masjid tidak kesampaian selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan, petang semalam.
Motosikal yang ditunggang bapa telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipandu lelaki berusia 33 tahun di Jalan Dato Kayaman, Perlis ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah masjid di Padang Lari, Beseri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitendan Sarih Salleh berkata, dalam kejadian jam 7.45 malam itu penunggang iaitu Rahimi Mat Rejab, 49, maut di tempat kejadian manakala anaknya, Umar Haziq, 16, mengalami kecederaan parah.
Katanya, siasatan awal kita mendapati kereta itu dipercayai bergerak dalam kelajuan tinggi sebelum hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang motosikal mangsa.
Akibat hentaman kuat, motosikal mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu jalan, manakala kereta berkenaan pula terbabas melanggar tembok longkang di arah bertentangan.
Baca juga :
Leave a Reply