Terima rasuah RM24 juta, lulus pinjaman RM294 juta, tiga individu ditahan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat sebuah bank kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman dibuat oleh syarikat tempatan bernilai RM294 juta.
Sumber berkata, suspek wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu bersama dua lagi suspek lelaki berusia antara 53 hingga 58 tahun ditahan jam 6 petang tadi di ibu pejabat SPRM, Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.
Katanya, suspek wanita dipercayai menerima wang rasuah berjumlah lebih RM24 juta ketika berkhidmat dengan anak syarikat sebuah bank pada 2010.
“Suspek lelaki berusia 53 tahun itu pula yang kini bekerja sebagai perunding kewangan manakala rakannya tidak bekerja,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan permohonan reman terhadap kesemua suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Turut baca
Leave a Reply