
Sebagai peniaga bazar Ramadan, berhadapan dengan kerugian serta pembaziran merupakan asam garam yang perlu dilalui pada setiap hari.
Itulah yang terjadi kepada salah seorang peniaga balang air di bazar Ramadan yang terletak di Jalan Haji Ahmad, Pahang.
Peniaga tersebut ‘berputih mata’ apabila tidak sempat menjual lebih 10 air balang pelbagai perisa apabila mejanya patah.
Kelihatan kesemua balang air terbalik ke belakang serta tertumpah begitu sahaja di atas rumput sekali gus menyebabkan kerugian kepada pemilik untuk meneruskan perniagaan.
“Ujian buat peniaga bazar Ramadan. Ramai cakap kemungkinan meja tu tak berapa sesuai untuk tampung berat air balang.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki,” tulis kapsyen pada gambar itu.
Sementara itu di ruangan komen mendapati ramai yang mendoakan agar peniaga tersebut berlapang dada serta dimurahkan rezeki untuk meneruskan perniagaan pada hari seterusnya.
“Allah dah tulis bukan rezeki hari tu,” komen Ryu.
“Tak apa, insha Allah ada rezeki lain,” komen Tuah Putra.
“Langit tak selalunya cerah. Mungkin hari ini tidak bernasib baik. Insha Allah esok lusa mungkin air licin,” kata Mek.
Baca juga :
Leave a Reply