Ibu tunggal cuba nasib, main cinta dengan lelaki ketagihan bahan terlarang, setuju untuk kahwin

LUMRAH setiap insan semestinya ingin hidup berpasangan.

Tidak terkecuali buat wanita bergelar ibu tunggal ini yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang baharu dua bulan dikenalinya.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, dia terbuka hati untuk menerima jejaka berkenaan bukan sahaja kerana berstatus bujang, malahan sikap lelaki tersebut yang baik hati dan jujur.

“Saya adalah seorang single mom berusia sekitar 45 tahun. Baru-baru ni ada lelaki bujang approach, beza umur dalam 13 tahun. Kenal dalam dua bulan.

“Dia ajak saya kahwin, saya pun okey sebab dah sayang. Dia okey, bertanggungjawab kepada family. Dia baik dan jujur,” tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di sebuah grup Facebook.

Bagaimanapun apa yang membuatkan dia dalam dilema, bakal pasangannya itu mengaku ketagihan bahan terlarang.

“Dia terlampau jujur sampai mengaku hisap ganja. Dia mengaku awal-awal sebab nak saya terima dia seadanya.

“Dia mengaku semuanya dalam kawalan… maksudnya dia tak ambil benda lain selain ganja,” kongsinya lagi.

Tambah wanita tersebut, dia kini berbelah bahagi sama ada mahu meneruskan hubungan ataupun sebaliknya, namun mengakui sukar untuk melupakan kekasihnya itu kerana terlalu sayang.

“Saya nak minta pendapat. Saya susah nak lupakan sebab dah sayang. Saya tiada pengalaman kawan dengan orang yang ambil ganja.

“Minta komen yang murni-murni ya. Dan beri pendapat yang setulus mungkin. Saya perlukan support daripada rakan-rakan semua,” tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan supaya wanita berkenaan menjauhkan diri dan tidak ‘mencari penyakit’ kerana dibimbangi akan menyesal di kemudian hari.

“Kalau saya, tunggu sikit lagi boleh bawa keluar duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Saya enjoy travel dengan anak-anak. Kalau kahwin baru kena share dengan laki pula. Silap pilih dapat laki pisau cukur, tahi ganja naya je.

“Kalau hang (awak) ada anak perempuan, hang bagi tak bakal laki anak hang kahwin dengan orang hisap ganja?

“Jangan bermain dengan api. Masa sayang semua indah. Nanti ibarat tanggung biawak hidup dan derita tak sudah.

“Bukannya tak ada lelaki lain dekat atas muka bumi ni. Apabila bercinta memang semua indah. Dah kahwin nanti baru dia tunjuk belang sebenar dia,” demikian antara komen netizen.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*