Terpedaya untung berganda, warga emas lebur RM562,000

Seorang warga emas kerugian RM562,000 diperdaya sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata lelaki 80 tahun itu membuat laporan semalam mendakwa terpedaya pelaburan diiklankan di Facebook pada September lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian menghubungi individu tidak dikenali melalui WhatsApp yang menjanjikan pulangan besar dan mengarahkannya mendaftar di laman sesawang diberikan bagi melihat keuntungan selepas membuat pelaburan.

“Terpedaya dengan keuntungan berganda itu, mangsa membuat lapan transaksi menerusi tiga akaun bank berbeza bermula September 2024 hingga awal Februari ini,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, mangsa tidak pernah menerima sebarang keuntungan selepas memindahkan RM562,000, manakala suspek pula gagal dihubungi dan laman sesawang terbabit tidak boleh diakses.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*