SPRM tahan empat pegawai ada kaitan Ismail Sabri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri.

Sumber terdekat SPRM berkata, selain itu, pihaknya telah mendapatkan perintah reman ke atas semua suspek di Mahkamah Putrajaya.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha kepada suspek selama lima hari bermula Jumaat untuk tiga individu, manakala seorang lagi diberi reman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16a.

“Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya ringkas.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*