Guru tuisyen maut dengan kesan kelar di leher, lengan di Ipoh

Seorang guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher dan lengan dalam sebuah rumah kedai di Jalan Chung Ah Ming, Taman Hoover, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata, laporan penemuan mayat wanita berusia 53 tahun itu dibuat suaminya pada pukul 5 petang.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian menjumpai wanita itu dalam keadaan terlantar dan berlumuran darah di atas lantai di tingkat dua sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat tuisyen.

“Pemeriksaan pada tubuh wanita itu mendapati terdapat kesan kelar pada leher dan lengan selain menemui sebilah pisau lipat berhampiran mayat.

“Wanita itu dipercayai meninggal dunia kurang dari enam jam sebelum mayatnya dijumpai. Siasatan di tempat kejadian juga tidak menjumpai unsur jenayah atau sebarang kesan pergelutan yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, berdasarkan temubual dengan suami mangsa, wanita itu dipercayai mengelar leher dan lengan disebabkan tekanan ekoran kesakitan pada mata dan kali akhir mereka bertemu Khamis lalu.

“Wanita itu baru sahaja menjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah pada matanya 19 Februari lalu.Dia juga pernah memberitahu suami dan keluarganya untuk membunuh diri kerana tidak tahan dengan kesakitan dan tahap penglihatan yang semakin berkurangan,” katanya.

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*