Hannah Delisha berasa pelik… ‘Kenapa pelakon tak berhijab tak ditanya isu bersentuhan’

Berasa pelik, pelakon jelita Hannah Delisha tidak faham kenapa selebriti berhijab hanya sering disoal tentang babak bersentuhan dengan pelakon lelaki dalam sesebuah babak drama mahupun filem.

Menurut Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 29, soalan tentang babak bersentuhan tak pernah diajukan kepada pelakon yang tidak berhijab, seolah-olah mereka tidak bersalah jika berbuat demikian.

“Kenapa soalan yang sama tidak ditanya kepada pelakon wanita yang tidak berhijab? Adakah mereka boleh bersentuhan dengan pelakon lelaki?

“Pada hujungnya, saya seorang pelakon. Kalau ada babak yang boleh elak, saya akan elak. Tetapi kalau tiada pilihan memang terpaksa lakukan.

“Contohnya kalau babak pengsan ataupun tersentuh. Itu memang tak boleh dielakkan,” katanya sewaktu ditemui di set penggambaran drama Dendam Seorang Madu, di sini, baru-baru ini.

Tambah pelakon kelahiran Singapura itu lagi, seandainya dia benar-benar mahu berhijrah menjadi seorang muslimah sejati, ketika itu dia akan meninggalkan terus dunia lakonan.

“Mungkin orang lihat saya pakai tudung, terus saya nak berubah sepenuhnya. Sejujurnya saya pun masih mencuba. Saya pakai tudung pun sebab saya sendiri nak pakai, tiada paksaan.

“Sekiranya saya betul-betul nak berhijrah, memang saya tidak mahu lagi berada di dalam industri ini. Saya akan berhenti berlakon. Saya rasa itu cara terbaik untuk berhijrah,” ujarnya.

Beralih ke soal kerjaya, Hannah bakal muncul dengan drama Dendam Seorang Madu di samping Redza Rosli dan Sweet Qismina. Drama ini bakal ditayangkan di slot Tiara di saluran Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang bermula Ramadan nanti.

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*