{VIDEO} ‘Bergayut’ telefon waktu kerja, pekerja kilang ‘bergulung’ ditelan mesin

SATU kejadian tragis berlaku apabila seorang pemuda nyaris maut selepas terperangkap dalam mesin pemotong plastik di kilang pemprosesan plastik yang terletak di Bhathena, India.

Insiden yang berlaku sekitar tahun 2021 itu kembali tular selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dimuat naik pada Rabu sehingga mencetuskan kebimbangan ramai.

Rakaman CCTV menunjukkan pemuda tersebut sedang berbual di telefon bimbitnya ketika mesin pemotong plastik jenis ‘cutter’ itu dihidupkan.

Malangnya, dalam sekelip mata, tangan lelaki itu tersangkut pada mesin yang sedang beroperasi sebelum seluruh badannya ditarik masuk ke dalam alat berkenaan.

Rakan sekerja yang menyedari insiden itu bertindak pantas menghentikan mesin dan memberikan bantuan kecemasan.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital, namun bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan sebelum dibenarkan keluar tidak lama selepas itu.

Tragedi itu menjadi peringatan penting kepada semua pekerja supaya lebih berhati-hati dan sentiasa fokus semasa bekerja terutama ketika mengendalikan peralatan berat.

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*