
Kerana runsing dengan tabiat suaminya yang gemar menghabiskan masa dan wang ringgit di kelab hiburan bersama wanita warga asing, seorang isteri membuat keputusan untuk mengambil tindakan tegas.
Menurut laporan, wanita berusia 30-an itu telah membuat aduan kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan berjaya mencetuskan satu operasi besar-besaran yang dikenali sebagai Ops Gegar.
Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, wanita itu mendakwa suaminya telah mengabaikan tanggungjawab kewangan terhadap keluarga dan lebih banyak menghabiskan gaji untuk berhibur bersama Guest Relations Officers (GRO) dari Vietnam sejak setahun yang lalu.
Suami beliau dikatakan begitu ‘ketagih’ sehingga kerap mengunjungi kelab tersebut beberapa kali seminggu, menghabiskan gaji bulanannya di sana.
Tambahnya, pihaknya telah berjaya menahan 34 individu, termasuk 27 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai GRO di sebuah pusat hiburan terletak di Sri Petaling.
Seramai 90 individu telah diarahkan menjalani saringan dan 34 daripadanya ditahan dan berikut adalah antara yang ditahan:
16 warganegara Thailand
6 warganegara Laos
5 warganegara Myanmar
4 warganegara Vietnam
3 warganegara tempatan, disyaki pengurus, bouncer dan pengendali wanita warga asing itu
Wanita-wanita warga asing yang ditahan itu dipercayai bekerja sebagai GRO dan mendapat bayaran tip daripada pelanggan sebagai upah untuk menemani dan menghiburkan mereka.
Suspek warga tempatan disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana didakwa melindungi pendatang tanpa izin.
Manakala semua warga asing yang ditahan pula akan disiasat lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 dan telah dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil.
Baca juga :
Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung
Leave a Reply