
Baru-baru ini, melalui laporan Express.co.uk, seorang lelaki British mendakwa dirinya terkandas di Malaysia gara-gara gagal membayar tiket parkir kereta.
Dipenjara hanya kerana gagal bayar caj parkir RM7?
Lelaki British yang bekerja sebagai jurutera elektrik berpangkalan di London, Ahmed Hadi itu berkata pasportnya telah diambil oleh pihak mahkamah selepas berlakunya insiden dia meletak kereta selama 10 minit di tempat letak parkir kereta di Pulau Pinang, 7 Disember lalu.
Ahmed berkata dia cuba untuk membayar caj parkir sebanyak RM7 (£1.27), namun mesin pembayaran menolak kedua-dua kadnya.
Berang dengan hal itu, dia telah menolak palang parkir berkenaan hingga berlakunya kerosakan dan disebabkan itu, Ahmed ditangkap, lalu dibicarakan di mahkamah.
Dakwa dirinya teraniaya, tidak akan bebas
Keadaan dalam sel sangat teruk. 50 orang terpaksa berkongsi satu tandas. Salah seorang pegawai polis mengancam untuk memukul saya. Kita fikir Britain bermasalah, tetapi ini membuatkan saya sedar betapa baiknya keadaan di sana.
Dalam pada masa yang sama, lelaki berkenaan turut mendakwa negara ini cuba mengambil kesempatan dan sama sekali tidak akan bebas.
Bagi membebaskan Ahmed dari penjara, isterinya, Lucy terpaksa membayar sebanyak £2,425.41 (RM13,231), termasuk bayaran jaminan dan yuran guaman.
Baca juga :
Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung
Leave a Reply