
Tindakan pantas seorang rakyat Malaysia berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki warga Sri Lanka daripada lemas, dalam kejadian di lokasi Air Terjun Diyaluma di Colombo, Sri Lanka.
Sewaktu kejadian, wanita tersebut dikenali sebagai Farah Putri Mulyani berada di dalam air serta sedang merakam video suasana lokasi tarikan berkenaan.
Bagaimanapun, dia dikejutkan keadaan kecoh dan seorang lelaki menjerit nama seseorang di kawasan air terjun tersebut.
Farah Putri bertanya kepada lelaki tersebut dan terus menyelam ke dalam air bagi menyelamatkan mangsa serta membawanya naik ke atas.
“Berlaku di Air Terjun Diyaluma. Saya selamatkan individu daripada lemas. Kejadian ini mengubah trip saya.
“Saya berpendapat lebih ramai orang perlu sedar tentang bahaya air terjun kerana ada kolam yang boleh menyebabkan jatuh begitu dalam serta tiada arus di bawahnya untuk bantu berenang.
“Sekiranya anda bukan seorang perenang, ia meletakkan nyawa anda lebih bahaya,” katanya pada hantaran Instagram.
Pada ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Farah Putri apabila pantas menyelamatkan lelaki tersebut.
“Sangat menghargai respons anda yang begitu pantas,” komen ajithpperera.
“Sangat kagum, selamatkan seseorang daripada lemas suatu tugas yang susah kerana kebiasaannya (mangsa) akan tarik anda ke bawah,” komen itsabhijeetkale
View this post on Instagram
Leave a Reply