‘Masih ada insan berhati mulia… Riber kongsi rezeki dengan abang polis undang pujian ramai

Tindakan seorang penghantar makanan berkongsi rezeki dengan memberikan air kepada polis trafik yang sedang bertugas semasa cuaca panas terik, mendapat pujian orang ramai.

Menerusi video dikongsikan anggota polis trafik tersebut pada TikTok Wanfaizal85, dia menceritakan kebaikan lelaki itu yang memberikan air kepadanya dan rakan sewaktu bertugas di sebuah lokasi di bawah jejambat.

“Semasa abang dan rakan bertugas, telah didatangi satu rider Grab Food menyapa kami sedang bertugas dan telah memberikan kami air memandangkan cuaca yang panas terik

“Alhamdulillah masih ada insan yang berhati mulia macam rider Grab ni. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudah urusan,” katanya pada hantaran berkenaan.

Ia mendapat pujian daripada orang ramai susulan kebaikan penghantar makanan itu yang prihatin dengan anggota polis trafik tersebut bertugas dalam keadaan cuaca terik.

“Apa kena lah dengan mata ni tengok video macam ni pun menangis. Semoga Allah permudah urusan kita semua dan dikurniakan rezeki yang melimpah,” kata Nik.

“Alhamdulillah, masih ada yang menghargai tugas anggota PDRM,” kata Muhammad Syafiq.

Selain itu, ada juga yang memberitahu mengenali penghantar makanan berkenaan.

“Budak baik ni, adik-beradik dia penghantar makanan semua. Memang ‘steady’,” kata Shukri Jeffri.

“Doakan abang Grab dimurahkan rezeki dan bakal terima cahaya mata tidak lama lagi,” kata Angah Eja.

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*