Pemimpin Umno Johor cabar PH bertanding semua kerusi

Seorang pemimpin akar umbi Umno Johor mencabar parti komponen Pakatan Harapan (PH) bertanding di semua 56 DUN pada PRN akan datang, selepas Pemuda PKR negeri meminta Umno tidak mendominasi kerusi berpotensi dimenangi mereka.

Ketua Umno Sri Gading Lassim Burhan berkata kenyataan pemimpin PKR itu dan Amanah sering membangkitkan isu pembahagian kerusi menjelang PRN Johor ke-16 mencerminkan sikap gelojoh dan pentingkan diri gabungan itu.

“Lebih baik AMK (Pemuda PKR) dan sekutunya bertanding semua kerusi tanpa memikirkan soal berapakah kerusi yang akan Umno tandingi pada PRN16 nanti.

“Tiada siapa yang sibuk nak halang kamu bertanding,” katanya dalam kenyataan sambil menegaskan Umno bukan parti komponen PH.

“Umno boleh bertanding semua (DUN) dan Umno juga boleh memilih kerusi mana yang dirasakan sesuai untuk ditandingi.”

Tegasnya, Umno Johor belum pernah membincangkan pembahagian kerusi untuk PRN16.

“Gambaran yang diberikan pula seolah-olah Umno tamak dan PRN akan berlangsung esok.”

Terdahulu, Naib Ketua Pemuda PKR Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad, berkata rundingan pembahagian kerusi pada PRN akan datang perlu mempraktikkan prinsip menang-menang melibatkan PH dan BN.

Katanya, kerajaan negeri diketuai Onn Hafiz Ghazi perlu membuktikan keikhlasan bekerjasama dengan menjemput pemimpin PH menyertai pentadbiran negeri di pelbagai peringkat, termasuk jawatan ketua kampung.

Disember lalu, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, Parlimen Muar dan DUN Puteri Wangsa yang dimenangi Muda pada pilihan raya lalu perlu diserahkan kepada PH memandangkan dua kerusi itu diberikan kepada Muda yang menjadi rakan sekutu politik PH ketika itu.

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*