Bomoh ‘tebuk’ budak ketika ‘buang sihir’ ditahan

Seorang bomoh ditahan polis kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan di Kemaman, Terengganu pada 31 Januari lalu.

Ketua Polis Terengganu, Mohd Khairil Khairudin, berkata suspek berusia 20 tahun ditahan pada 10.20 malam, 1 Februari lalu.

Katanya, sebelum kejadian, ibu bapa mangsa masing-masing berusia 41 tahun percaya anaknya terkena sihir.

“Mereka kemudian membawa bomoh terbabit ke rumah mereka pada 1 pagi, 31 Januari lalu untuk berubat.

“Mangsa kemudiannya mengadu kepada ibu bapanya yang dia diperlakukan sedemikian oleh bomoh terbabit,” katanya selepas ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) Ke-2 Kontinjen Terengganu hari ini, menurut Harian Metro.

Khairil berkata, pasangan itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kemaman.

Katanya, suspek ditahan di rumahnya di Kerteh dan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman untuk mendapat perintah reman tujuh hari hingga 8 Feb.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kanak-kanak 2017 dan jika sabit dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

“Kes kanak-kanak ini adalah kes pertama yang akan menggunakan CIC di Dungun ini sebagai salah satu prosedur dalam melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Baca juga :

Sindiket tawaran pinjaman: Ziana Zain kunci mulut bakal disiasat SPRM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*