Malaysia diberi penghormatan bangun semula Gaza, Menteri Luar beritahu pengkritik

Pengkritik harus melihat kepada penghormatan yang diberi kepada Malaysia untuk bersama-sama dengan Jepun membantu membangunkan semula Gaza, kata Menteri Luar Mohamad Hasan.

Beliau berkata, walaupun usaha itu bukan sahaja mengambil masa yang lama, malah memakan kos tinggi, ia ‘tanggungjawab antarabanga’ yang harus dipikul negara-negara yang menyokong kebebasan Palestin.

Bagaimanapun, ini tidaklah bermakna negara sendiri diabaikan, tambahnya.

“Ada yang kata umpama kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan,” katanya ketika waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

“Kita tak susu kera di hutan dan anak di rumah tak mati pun. Ini tanggungjawab antarabangsa … sebagai negara sokong Palestin jadi negara merdeka.

“(Usaha ini) akan bawa negara sepemikiran bersama fikirkan bagaimana nak bina semula Palestin yang (akan) ambil masa yang panjang.”

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) berhubung perancangan kerajaan selepas menjadi pengerusi bersama Jepun bagi Persidangan Kerjasama Antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (Ceapad), serta mengulas kritikan terhadap usaha membangunkan semula Gaza.

Pada 29 Jan lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan memulakan usaha membangunkan semula Gaza dengan membina sekolah, hospital dan masjid sebagai sebahagian inisiatif yang lebih luas dengan kerjasama Jepun.

Katanya, projek-projek itu akan dilaksanakan dengan sokongan sektor swasta dan rakyat Malaysia.

Susulan itu, bekas menteri Rafidah Aziz mengkritik usaha itu dengan berkata, Putrajaya harus memberi perhatian kepada Malaysia terlebih dahulu, memetik keadaan daif kebanyakan sekolah luar bandar, serta kekurangan di hospital kerajaan.

Pada 1 Feb lepas, Anwar membalas kritikan terhadapnya, yang turut datangnya daripada pemimpin terdahulu, dengan bertanya sama ada mereka mempunyai perasaan belas kasihan dan ihsan.

Baca juga :

Sindiket tawaran pinjaman: Ziana Zain kunci mulut bakal disiasat SPRM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*