Polis memburu seorang lelaki berusia 25 tahun yang dipercayai melakukan khianat dengan membakar kereta isterinya selepas menyekat kenderaan itu di Jalan Tebrau, di Johor malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian itu berlaku kira-kira 10.20 malam dan mangsa membuat laporan polis pada 1.33 pagi tadi.
Kejadian terbabit juga tular menerusi rakaman video berdurasi 28 saat memaparkan kereta Toyota Vios milik wanita berusia 21 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar.
“Kejadian dipercayai berlaku kerana perselisihan faham antara pasangan berkenaan. Suspek bertindak melarikan diri menggunakan Toyota Vellfire selepas melakukan perbuatan khianat itu.
“Empat individu termasuk tiga wanita yang menaiki kenderaan yang dibakar itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM90,000.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Baca juga :
Sindiket tawaran pinjaman: Ziana Zain kunci mulut bakal disiasat SPRM
Leave a Reply