Seorang remaja perempuan cedera ringan selepas ditimpa belon pelampung permainan gelongsor air kaca di sebuah taman tema di Shah Alam, Rabu lalu.
Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian menimpa mangsa yang berusia dalam lingkungan 20 an itu berlaku kira-kira 11 malam, ketika dia mengunjungi taman tema berkenaan bersama keluarganya.
“Mangsa dikatakan melintasi bahagian bawah permainan gelongsor air, secara tiba-tiba belon pelampung terjatuh dari penyangkut dan terkena pada bahagian sisi tubuh mangsa.
“Mangsa telah menerima rawatan di salah sebuah poliklinik di Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Iqbal, laporan mengenai kejadian itu dibuat 1.08 pagi tadi selepas penularan video kejadian berdurasi 13 saat di media sosial.
Beliau berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 iaitu beroperasi tanpa lesen yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.
“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda boleh maksikum RM1,000,” katanya.
Iqbal turut memaklumkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan kompaun bertarikh 14 Nov tahun lalu ke atas premis terbabit.
Menurutnya, ia bagi kesalahan pembinaan taman tema tanpa kelulusan bertulis dari pihak berkuasa tempatan itu.
Baca juga :
Gara-gara minta cerai, suami simbah asid ke arah isteri dicekup
Fitnah amal ‘ilmu hitam’, Rosmah tuntut RM1 juta daripada pemilik akaun TikTok
Leave a Reply