SEBUAH kedai komputer dan fotografi di Jitra, Kedah mendakwa mengalami kerugian bernilai RM1,499 selepas ditipu seorang pelanggan.
Premis tersebut menerusi satu hantaran di Facebook mendedahkan, kejadian pada 23 Januari lalu itu melibatkan seorang wanita yang didakwa menggunakan resit transaksi palsu untuk mendapatkan sebuah komputer riba.
Menurutnya, kejadian pada pukul 8.45 malam itu berlaku apabila wanita berkenaan datang ke premis mereka untuk membeli laptop.
“Setelah urusan pembayaran dilakukan, kakitangan kedai yang menerima resit transaksi mendapati ia palsu ketika melakukan semakan.
“Menyedari perkara tersebut, wanita tersebut bertindak pantas melarikan diri dalam tempoh kurang satu minit sebelum sempat dihalang,” katanya pada Rabu.
Susulan kejadian itu, pihak pengurusan telah pun membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, insiden tersebut turut berlaku kepada peniaga lain dalam tempoh masa terdekat.
“Sebarang maklumat boleh hubungi kami di talian 0194081942,” ujarnya.
Baca juga :
Mak suruh kahwin awal, suami cuma balik tuntut nafkah batin… Wanita kongsi kisah sedih
Mak suruh kahwin awal, suami cuma balik tuntut nafkah batin… Wanita kongsi kisah sedih
Mak suruh kahwin awal, suami cuma balik tuntut nafkah batin… Wanita kongsi kisah sedih
Leave a Reply