Orang Singapura ‘koyak’ bunga api Tahun Baharu Cina di JB meriah. Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina dengan bunyi dentuman mercun serta bunga api di Johor Bahru, mengundang rasa ‘cemburu’ dalam kalangan mereka yang menyambutnya di Singapura.
Menerusi hantaran oleh pengguna TikTok Singapura weixianglimsg, dia berkongsi video menikmati warna-warni bunga api di Johor Bahru dari seberang laut tanah airnya di Singapura.
“Jiran kita di JB ada parti yang meriah,” katanya pada kapsyen video berkenaan.
Seorang lagi rakyat Singapura menerusi TikTok sgmyjb turut memuat naik video menikmati bunga api dari seberang laut.
“Bunga api di Stulang, Johor Bahru. Selamat Tahun Baharu Cina, terima kasih kawan Johor. Saya orang Cina Singapura baru belajar bahasa Melayu. Maaf jika tulis bahasa Melayu tak baik,” katanya pada kapsyen itu.
Perkongsian video mereka mendapat maklum balas daripada rakyat Malaysia, malah mereka bertanya sama ada bermain bunga api atau mercun tidak dibenarkan di negara tersebut.
“Di Singapura tak boleh main mercun atau bunga api ya?,” soal seorang rakyat Malaysia.
Selain itu, ada yang mengalu-alukan kedatangan mereka ke Johor Bahru untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina selain menikmati dentuman mercun dan bunga api.
“Tahun depan datang Kampung Baru Sri Lalang, Kluang tepat pukul 12 tengah malam. Mereka bakar mercun setiap tahun,” komen seorang individu.
“Kita semua di Johor sambut semua jenis perayaan,” kata seorang pengguna media sosial.
Baca juga :
Leave a Reply