Isteri ‘takut’ tengok suami tiba-tiba solat, syak berlakon jadi baik

MELIHAT suami berubah ke arah lebih baik adalah sesuatu yang amat diharapkan isteri.

Perubahan biasanya berlaku selepas suami melalui proses pembelajaran, kesedaran, dan usaha untuk menjadi ketua keluarga yang lebih baik.

Bagaimanapun, lain pula halnya bagi wanita ini yang meluahkan rasa takut apabila melihat perubahan positif suaminya selepas dia membuat permohonan cerai.

“Saya dah proses permohonan cerai atas culas nafkah, keganasan rumah tangga dan kegagalan suami dalam melakukan ibadah.

“Bila dah proses, suami dapat dokumen tiba-tiba dia solat, berhenti merokok dan ketum,” kongsi wanita berkenaan.

Malah, kata wanita itu, apa yang lebih mengejutkan suaminya turut memberikannya wang serta membeli barangan dapur.

“Sebab saya risau semua tu drama dia sebab berbelas tahun hidup tak habis-habis seksa saya.

“Ni pun dia baru keluar lokap atas kesalahan mengasari saya di khalayak, saksi memang ramai. Laporan doktor pun ada,” katanya.

Dalam masa sama dia turut terfikir jika suaminya hanya berlakon menjadi individu lebih baik supaya dia mengubah fikiran untuk bercerai.

“Mungkin dia nak saya tukar fikiran. Apa pendapat anda? Adakah akan mengganggu proses yang saya dah mohon?” soalnya.

Sementara itu, warga maya meminta agar dia tidak tertipu dengan perubahan suaminya dan memintanya meneruskan proses bercerai.

“Cerai dulu. Kalau lepas cerai nanti dia betul-betul dah tak buat semua tu, boleh akad semula.

“Dalam idah jangan terburu-buru rujuk kejar waktu idah. Boleh akad semula nanti jika itu jodoh sampai mati.

“Lakonan semata-mata tu. Hati-hati nanti bagi peluang mesti perangai kembali ke asal semula. Pengalaman sendiri ya..

“Jika masa ke depan nanti jika memang dia betul dah buktikan dah berubah dan jika memang jodoh tu masih ada akan bersama balik.

“Buat masa sekarang keluar dulu dari kesengsaraan,” kata bebrapa netizen.

Baca juga :

‘Abang besar’ buat rondaan dalam taman

Makanan biasa-biasa tapi harga cekik darah!

Makanan biasa-biasa tapi harga cekik darah!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*