Didakwa rasuah bekal baja SGD300,000, bekas pegawai NAFAS mengaku tidak bersalah

Bekas pegawai Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD300,000 daripada syarikat pembekal baja Singapura, tiga tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Nordin Ibrohim, 77, didakwa menerima suapan iaitu wang berjumlah SGD300,000 daripada Kim Jong Kwa yang merupakan pengarah syarikat Sung Chang Asia Pte Ltd, dengan memindah wang daripada akaun bank milik syarikat tersebut ke akaun bank milik tertuduh sebagai upah membantu syarikat itu dilantik sebagai pembekal baja kepada pesawah oleh Nafas

Nordin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Plaza Mont Kiara antara 16 Nov dan 21 Dis 2022, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa SPRM Abdul Muntaqim Abdul Aziz mencadangkan jaminan antara RM200,000 hingga RM300,000 bagi dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai, melapor diri di pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

“Kesalahan ini bukan kesalahan biasa kerana ia melibatkan dana kerajaan. Apabila berlaku rasuah, peluang pekerjaan dan pelaburan akan terjejas dan prosedur menjalankan perniagaan akan sukar,” kata Muntaqim.

Peguam Zamri Idrus yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang merupakan pesara menanggung keluarga selain menghidap penyakit diabetes.

Hakim Rosli Ahmad yang menetapkan sebutan kes pada 26 Feb ini membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Baca juga :

Mayat janda tanpa kepala, kaki disumbat dalam beg merah

{VIDEO} CCTV ‘dedah’ lelaki pindahkan bagasi berisi tubuh teman wanita

‘Abang besar’ buat rondaan dalam taman

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*