Muhyiddin lunas saman fitnah RM1.4 juta kepada Guan Eng

Muhyiddin Yassin telah melunaskan sepenuhnya jumlah penghakiman RM1.4 juta, termasuk kos, kepada Lim Guan Eng berhubung saman fitnah berkait isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.

Peguam Lim Guok Ngek Seong, berkata Ahli Parlimen Pagoh itu membayar baki RM1 juta ke dalam akaun pelanggan firmanya semalam, sebelum tarikh akhir 27 Jan.

Beliau berkata pemindahan pertama sebanyak RM400,000 telah dibuat pada Disember lalu.

Muhyiddin memperoleh penangguhan bersyarat penghakiman daripada Hakim Roz Mawar Rozain pada 16 Dis. Syarat penangguhan itu memerlukan beliau membuat pembayaran RM400,000 sebelum 31 Dis, dengan jumlah baki RM1 juta perlu dibayar pada 27 Jan.

Muhyiddin telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap liabiliti dan kuantum.

Pada 8 Nov, Mahkamah Tinggi memerintahkan Muhyiddin membayar ganti rugi RM1.35 juta kepada Lim dan kos RM50,000 selepas memutuskan Muhyiddin telah memfitnah bekas menteri kewangan itu dalam hantaran di Facebook pada Mac tahun lepas.

Hantaran itu mendakwa Lim menyebabkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membatatalkan status pengecualian cukai terhadap badan kebajikan Muslim dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan, selain beliau mengenakan cukai ke atas yayasan itu dan penalti 45% ke atas cukai dibayar untuk tahun-tahun sebelumnya.

Muhyiddin juga didapati memfitnah Lim apabila mendakwa arahan pembatalan mesti berasal daripada Lim memandangkan LHDN di bawah bidang kuasanya.

Roz Mawar berkata, tiga kenyataan menggambarkan Lim menyalahgunakan kuasanya terhadap Muslim.

Baca juga :

Saman fitnah: Mahkamah arah Muhyiddin bayar RM400,000 pada Lim sebelum 31 Dis

Hina Agong di Facebook, aktivis Iswardy Morni didenda RM5,000

Semak dulu fakta sebelum ‘petik’ nama saya di DUN Kedah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*