Semak dulu fakta sebelum ‘petik’ nama saya di DUN Kedah

Baru-baru ini, nama saya diseru di DUN Kedah. Saya dituduh sengaja memangsakan rakyat Kedah dengan tidak meluluskan permohonan projek pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di Kedah.

Tuduhan ini tidak beri gambaran yang penuh. Cerita sebenarnya adalah begini.

Kerajaan Kedah minta pinjaman dari kerajaan persekutuan untuk bangunkan Fasa 5 KHTP.

Kerajaan persekutuan melalui kementerian ekonomi sebenarnya telah pun meluluskan RM195 juta kepada kerajaan Kedah.\

Masalahnya setelah diluluskan, projek masih belum boleh berjalan kerana tanah yang dikemukakan semasa permohonan pinjaman itu bermasalah dan pembelian tidak dapat diteruskan.

Kalau belum ada tanah, projek tidak dapat diteruskan. Memang syarat, mana-mana peruntukan kerajaan persekutuan ialah, hal pemilikan tanah perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum peruntukan diluluskan semula.

Kerajaan Kedah sekarang mendakwa mereka telah mengenal pasti tanah baru yang perlu dibeli dan menuntut supaya kementerian ekonomi meluluskan juga pelepasan peruntukan RM195 juta itu walaupun hal pemilikan tanah belum diselesaikan.

Kita ada banyak pengalaman yang projek diumumkan dahulu dan peruntukan telah disediakan tetapi projek itu tergendala kerana isu pemilikan tanah yang masih tertunggak. Sedangkan kerajaan persekutuan perlu meminjam wang untuk menyediakan RM195 juta itu dan membayar faedah pinjaman.

Kalau projek ini tergendala, rakyat Malaysia kena menanggung faedah pinjaman selama mana kerajaan Kedah tidak dapat menyiapkan projek itu.

Kita semua sedia maklum rekod pentadbiran kerajaan Kedah sekarang bila projek tak jadi, dia akan kata saya tukang baca saja ataupun itu projek swasta bukan projek saya.

Lain kali sebelum seru nama saya untuk kandungan TikTok, semaklah dulu keseluruhan fakta isu itu.

RAFIZI RAMLI menteri ekonomi.

Baca juga :

{VIDEO} Abang rider bikin konvoi motosikal berkuasa tinggi ‘koyak’, selamba potong dilaluan mencabar

{VIDEO} Abang rider bikin konvoi motosikal berkuasa tinggi ‘koyak’, selamba potong dilaluan mencabar

‘Kantoi’ palsukan dokumen bantuan sekolah, Guru Besar didenda RM20, 000

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*