Seorang lelaki yang dipercayai memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Chain Ferry, di sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.
“Kita akan membuat permohonan tahanan reman terhadap suspek untuk menjalani ujian darah dan siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata terdahulu, pihaknya Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) SPU menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Chain Ferry kira-kira pukul 2.15 petang.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu suspek di Jalan Chain Ferry masuk di laluan bertentangan secara tiba-tiba sebelum melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dan tiga kenderaan lain.
“Pelanggaran itu menyebabkan dua pemandu mengalami kecederaan dan salah seorang daripadanya sedang dirawat di hospital swasta,” katanya.
Baca juga :
- ‘Abah beritahu motosikalnya ditendang dari belakang sehingga terlanggar gerai’
- {VIDEO} Dunia terlalu kejam buatnya… Anak OKU sedih bapa dikasari
- KPDN ‘terjah’ pasar mini jual minyak masak lebih harga kawalan
Leave a Reply