{VIDEO} Tiga individu termasuk peniaga pasar pukul, sepak OKU ditahan

Tiga lelaki termasuk seorang peniaga ditahan polis bagi membantu siasatan kes membelasah seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai di sini semalam.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan antara 18 hingga 60 tahun ditahan pada pukul 8 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, mereka ditahan sewaktu memberi keterangan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini.

“Kita akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Wan Muhamad berkata, mangsa berusia 47 tahun yang cedera ringan telah diserahkan kepada ahli keluarganya setelah menerima rawatan.

Semalam dilaporkan lelaki mental itu telah dipukul dan disepak beberapa individu dipercayai peniaga dan pelanggan Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada pukul 9.30 pagi disebabkan rasa tidak puas hati selepas motosikal ditunggangi mangsa dikatakan terlanggar sebuah gerai di pasar tani terbabit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*