Kerana tidak mahu jaga, lelaki ambil ‘jalan pintas’ bunuh ibu saudara

Seorang lelaki nekad membunuh ibu saudaranya yang sudah tua dan uzur kerana tidak mahu menjaganya.

Jenayah itu dilakukannya bersama seorang rakannya yang merupakan warga asing, sebelum kedua-duanya yang berusia dalam lingkungan 40-an itu dicekup di kawasan Tubau di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali berkata tangkapan ke atas kedua-dua lelaki itu dilakukan dalam tempoh empat jam selepas laporan diterima.

“Motif kejadian dipercayai akibat suspek sudah tidak mahu menjaga mangsa yang telah uzur dan selalu mendatangkan masalah kepadanya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya permohonan tahanan reman telah dibenarkan selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Bintulu untuk siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Nixon berkata mangsa iaitu wanita berusia 80 tahun dijumpai meninggal dunia dipercayai dibunuh di rumahnya di kawasan Tubau.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*