{VIDEO} Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang mangsa penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, pagi semalam.

Razarudin ketika dihubungi Bernama memaklumkan ketika kejadian pada 7.39 pagi, beliau bersama pegawai dan kenderaan pengiring dalam perjalanan ke Bukit Aman bagi menghadiri Perhimpunan Bulanan.

{VIDEO} Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal

{VIDEO} Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal {VIDEO} Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal

“Sebaik melihat kejadian berlaku, saya minta pemandu berhenti untuk memberikan bantuan. Saya juga meminta pegawai menghubungi talian kecemasan untuk bantuan ambulans serta anggota trafik untuk mengawal lalu lintas.

“Difahamkan mangsa berusia 50-an cedera di kaki dan luka di tangan telah dibawa ke Hospital Cancelor Tuanku Muhriz UKM untuk menerima rawatan,” katanya.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, penunggang motosikal yang memakai pakaian seragam Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) itu, berada di lorong kiri sebelum mengubah haluan ke lorong kanan.

Pada masa sama, sebuah kereta juga menukar haluan ke lorong kanan mengakibatkan mangsa yang menunggang motosikal itu tidak sempat membrek dan melanggar bahagian belakang sebuah kereta lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*