JAWA BARAT, INDONESIA – Seorang bapa tergamak menjadikan anak kandungnya sebagai pemuas nafsu kerana keperluan itu tidak dapat dipenuhi isterinya.
Pelaku yang juga seorang pengawal keselamatan sekolah, melakukan perbuatan terkutuk itu lebih lima kali dalam tempoh tiga bulan.
Mangsa yang tidak tahan dengan tindakan kejam bapa kandungnya itu akhirnya mengadu kepada ibu dan membuat laporan polis di Unit Perkhidmatan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Polis Kota Sukabumi, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Sukabumi, AKBP Rita Suwadi berkata, mangsa berusia lapan tahun dipancing dengan wang dan telefon bimbit supaya mengikut kehendak pelaku.
“Barang bukti yang diperoleh ialah sehelai t-shirt lengan pendek ungu bermotif kartun, sehelai seluar pendek hijau, satu helai seluar dalam putih bercorak kartun.
“Sekiranya bersalah, dia akan dikenakan Undang-undang Indonesia No 23 Tahun 2002 berkaitan Perlindungan Anak menjadi undang-undang dengan hukuman minimum lima tahun dan penjara maksimum 15 tahun,” katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Sukabumi, AKP Bagus Panuntun berkata, pada awal kejadian, pelaku mengugut mangsa untuk tidak memberitahu kepada sesiapa membuatkan anak perempuannya itu sangat takut.
“Kejadian tersebut berlaku di kawasan sekolah ketika isteri pelaku yang juga pengusaha kantin pulang. Ada di dalam kelas dan juga di kantin.
“Pelaku sendiri mengaku menyakiti isteri kerana tidak dapat memenuhi kehendaknya, kemudian melepaskan keinginan kepada mangsa. Mangsa merupakan kembar, seorang disayangi pelaku dan seorang lagi disayangi ibunya,” katanya.
Baca juga :
Leave a Reply