Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata anaknya tidak kebal daripada undang-undang dan polis bertanggungjawab menyiasat secara telus dan adil, jika ada laporan dibuat terhadapnya.
“Biarlah ia mengikut proses dan saya berpegang kita semua tidak kebal undang-undang, termasuk anak saya sendiri.
“Sekiranya siasatan itu mendapati ada asas, biar proses undang-undang mengambil tempat,” katanya menurut Berita Harian ketika lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Khamis lalu, media melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah dikaitkan dengan anak seorang anggota Jemaah Menteri yang tular di media sosial sejak Rabu.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dilaporkan berkata, kertas siasatan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya Isnin lalu untuk tindakan lanjut susulan laporan polis dibuat pengadu pada 1 Jan.
Katanya, polis sudah merakam percakapan semua pihak terbabit dalam kes itu dan polis tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak melakukan kesalahan.
Baca juga :
Leave a Reply