‘Burukkan’ menteri berkaitan Titah Adendum, KJ berdepan laporan polis

Dua laporan polis telah dibuat terhadap bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin atas kenyataannya berhubung isu dokumen mengenai satu perintah yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Laporan berkenaan dibuat oleh Datuk Suraya Yaacob, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nor Azrina Surip, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Laporan dibuat secara berasingan masing-masing di Putrajaya, dan Sentul di Kuala Lumpur semalam.

Menerusi salinan laporan polis berkenaan, Suraya dan Nor Azrina memaklumkan bahawa kenyataan dikeluarkan Khairy yang mengaitkan dua menteri berkenaan adalah tidak benar, memburukkan menteri, mengelirukan dan menimbulkan perasaan tidak senang serta suasana panik dalam kalangan rakyat sehingga berkemungkinan boleh menggugat keamanan negara.

Suraya memaklumkan menerusi artikel dalam Malaysiakini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa Azalina bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan berkenaan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*