Wanita, bayi mati berpelukan tepi jalan, 3 termasuk dua lelaki ditahan

Dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan kes seorang wanita Indonesia dan bayinya ditemui mati di Jalan Impiana 5, Taman Impiana, Kelapa Sawit, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kesemua suspek berusia 42 hingga 53 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai semalam.

“Ketiga-tiga suspek tersebut ditahan di kawasan Kulai dan Johor Bahru dalam serbuan yang dilakukan antara pukul 2.30 hingga 4.30 petang semalam. Turut dirampas empat telefon bimbit, sebuah kereta Proton, satu tilam dan satu tikar,” katanya.

Seng Lee berkata, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi meneruskan siasatan bawah Seksyen 316 Kanun Keseksaan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*